Tanggal 21 January 2006, bermulalah hari bersejarah dalam hidup. Hari perkahwinan menamatkan zaman bujang. Dah kena stop keluar malam2. Kalau dulu dok main pingpong sampai jam 3-4 pagi. Sekarang kalau nak main ping pong pun, kena ajak bini la kot.

    Kalau dulu makan sorang2, sekarang dah berdua. Dulu belanja utk seorang, sekarang dah double. Beli ape2 nak kena beli sepasang.

MAJLIS PERTAMA - RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN

    Majlis pernikahan di jalankan pada hari jumaat, 21 January 2006 di Kampung Pasir Akar, Jerteh. Majlis akad nikah berjalan dengan lancar sekali. Tiada sebarang masalah. Alhamdullilah selamat. Tapi yg i pelik... kenapa semua orang tanya berapa kali akad? I'm not sure if there will be any difference kalau satu atau dua akad or even multiples of akad... Semua nya sah... I sekali akad je.. rasa bangga gak tapi enough for me to keep it myself... tak payah nak canang satu kampung. I rasa nak marah & tercabar jer bila org tanya soalan tu. Rasa cam nak lecture diorang kat situ gak... tapi most yg tanya tu are my relatives jugak.... Lepas tu rombongan kitorang kena balik semula ke Kuala Telemong (dekat ngan Kuala Berang). Ingatkan buleh tido situ terus... nih kena balik.... ahaks...

    Esoknya rombongan kami datang lagi. Kali ini untuk majlis persandingan pulak. Rasa berdebar2 gak mula2 tu sebab ni lah dia first time & kena pulak jadik raja sehari (cheh.. org lain pun sama gak first time). Time bersanding tuu ada 3 persalinan... yg pertama color silver white.... kedua hijau & lastly mcm western style (pakai blazer).

     Yang tak bestnyer hari tu ialah asyik dok bergambar jer... mcm takde keje lain.... tukar baju pun semata2 untuk bergambar. Tak sempat nak layan member2 yg datang. Nak je aku suruh cameraman tu balik & tak yah datang2 lagi...

    Lagi satu yg tak best ialah dia punya pelamin. Kat pelamin tu ada tempat letak kaki. Korang bayangkan kalau kita duduk, pastu takde tempat bersandar, then kaki letak atas dia punya rest sampai lutut lagi tinggi daripada paras pinggang. aku pun kena duduk mcm kera jer... Mak andam dia tu aku menyampah... aku nak buang foot rest tuu dia tak bagi. Pastu kena buat adat mcm yg dia suruh....

     Aku setuju adakan pelamin tu semata2 sebab tak mau ada fitnah dari orang kampung bini aku. sebab kat kampung tu, kalau majlis takde pelamin seolah2 macam org kawin mengejut & tergesa2 macam org kawin bini kedua atau yg kena tangkap khalwat.

     Abis jer majlis tu, aku pun kena tinggal sensorang.. All my relatives has gone back to Kuala Terengganu. ermmm ape lagi... ehehheheh....

Bersambung....